BASED ON

Assalamualaikum wbt. 
Ha! Apa cerita gais? πŸ‘

Takde cerita? Alaa maghi lerr kongsi sama-sama.πŸ˜‹
Isma banyak cerita nak kongsi ni. Tapi takkan lah engkorang takde langsung benda nak kongsi sama? 

Ha, takpa la kalo gitu deh. Maghi la kita mulai.😁

Bismillahirohmanirrahim.

Isma ada satu benda nak tunjuk niπŸ˜‰. Takde lah istimewa takde yang pelik atau menarik. Cuma, nak kongsi dengan korang ciptaan Isma. Harap korang enjoy baca. Actually, idea nak cipta ni datang secara tiba-tiba. Idea tu tiba-tiba terlintas kt otak ni ha πŸ˜‚πŸ˜‚. Pastu, ha apa lagi en en cepat-cepat sambar kertas dengan pena. Maka tercipta la ia...


"PLUVIOPHILE"

Di pagi hening
Diselubungi jerebu
Menenggelamkan
Seketika ceria bumi

Disaat aku termenung 
Langit di bumi
Awan mendung kunjung tak dijangka 
Mengiringi hati yang lara

Mengenang nasib 
Yang tak pernah hilang 
Aku hanyut di pentas dunia
Bersaksikan dosa yang nyata

Petir menyambar 
Di langit bumi
Awan mendung kunjung tiba 
Air hujan yang turun berlumba-lumba
Menemani hati yang menderita 

Aku menjenguk ke luar jendela 
Melihat dunia dimamah usia
Menanti keajaiban
Muncul dipersada
Inikah dia aksara hidup
Mati aku pun sia- sia.

(26/12/16 - 10:32PM)




Haa~ 
Tu la ciptaan Isma. Biasa- biasa je. Jangan percaya dengan masa dan tarikh tu. Sebenarnya Isma cipta masa kat sekolah. Masa tu rasanya baru habis trial SPM. EH? Ha. LOL πŸ˜‚πŸ˜ƒ HEHEHE.
Then, masa tu pulak baru naik kelas, lepak-lepak. Hujan lebat sangat-sangatπŸ’¦πŸ’¦. Sampai banjir dewan sampai masing-masing punya kasut lenjun. Nasib la masa tu pakai baju sukan. Takdelah leceh sangat kan😎. So, sebab takde benda dah kiteorang boleh buat, semua basah. Cikgu pun cakap ha pasang kipas, masing-masing bukak kasut stokin semua jemur bawah kipas. PEHHH!! Taknak pulak bau kaki en πŸ˜‚πŸ˜‚ BHAHAHAHA. Dah la susun macam nak lelong kasut. Ada yang pergi merayau la, lepak kelas sebelah la, dengan berkaki ayam je πŸ˜±πŸ˜²πŸ’¨. Mana yang rajin tu pergi cari cikgu yang boleh dibantu atau lain-lain lagi. Sekolah semua perempuan de. Ofcourse ramai yang bergosip sana-sini "normal" untuk kaum wanita. Tapi Isma takde lah nak angkat kaki join sekali kelompok nu. Isma cari kerja lain. Yang boleh den ngelak dari bergosip dari ngumpat ke. Kan tak baik tu dosa tho, mana tau time-time tengah gosip terlepas cakap? Tak ke bahaya? Dah kena kecam pulak. Ha sudah. Dalam tak sedar tu member dalam kelompok tu pulak tengah korek rahsia kau, Innalillah .πŸ‘Ύ πŸ’”



Okay, jauh tersasar ni. 

Puisi tu, Isma cipta masa duk sorang-sorang dalam kelas. 
Buat hal sendiri. 
Bosan-bosan, cuba cari ilham cari inspirasi. 
Then, suddenly the idea coming~  


*POPPP!


Cuba susun ayat. 
Satu-satu ayat cuba Isma gabungkan.
1 rangkap Isma cuba tafsirkan.  

   
Nikmati. Fahami. Alami.



Bergerak pula mengadap ke jerigi tingkap. 
Semak-samun menghalang pandangan. 
Awan masih mendung.
Petir yang masih berdentum.
Jiwa yang makin murung 
Fikiran jauh merudum 




Woii! Apa ni? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.

Ha lebih kurang macam tu la. Main typing je. Tiba-tiba idea datang. 
HAKHAKHAKHAKπŸ’¦πŸ’¦πŸ’¦. 
Terokk naa πŸ’ƒπŸ˜‚πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜ƒπŸ˜ƒ 

Tu je la kot. Ada banyak lagi puisi ni. Boleh terciptanya puisi ni sebenarnya bila Isma rasa bosan, sunyi, sakit hati, takde mood, penat, rindu, stress. Kebanyakan puisi isma based on the heart and feeling. 



So, kalau nak baca puisi-puisi yang best on next time. 
Jangan miss apa yang Isma post. Maybe every week. I akan post my puisi. Don't worry. 
Isma takkan kecewakan anda-anda sekalian. Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk baca blog Isma yang tak seberapa niπŸ˜—πŸ‘. InshaAllah maybe akan upgrade to more fantastic lah. HEHE.





Assalamualaikum wbt.
Thank you uolls! 
Lots of LOVEπŸ’•

Comments

Popular Posts