TABAH NAMUN TEPAKSA.

Banyak dah aku lalui pada ketika ini. 
Dan paling banyak adalah kepahitan yang sangat sangat pahit dan sakit untuk aku telan dan terima.

Apakan daya lumrah hidup manusia. sekarang kau berada di fasa paling bawah dimana kau dicaci, diherdik, difitnah, dibenci, dipijak segala2 yang negative semua tempias pada kau.

Hadap walau sesakit mana pun ia.

Terima.

Mungkin ini balasan aku selepas apa yang telah aku buat pada orang lain suatu ketika dulu.
Balasan.

Dan tak lupa juga mama ada pesan dekat aku.

"Sekarang bukan lagi zaman kau nak bermain-main, sekarang adalah zaman dimana balasan kau terima akan terus sekelip mata",

Dan ingat wahai diriku.

"Allah itu takkan uji jikalau hambanya itu sendiri tak mampu",

Ingat juga perubahan itu mampu berlaku pada bila-bila masa, walau dimanapun kita.
Yang terjadinya "PERUBAHAN" itu mula pada diri kita sendiri.

( BENARKAH ATAU TIDAK)

Kalau kau taknak berubah,sampai bila-bila kau akan tetap sama sampai kau mati.
Kalau kau dah niat nak berubah, teruskan. Dan tekad.TEKAD untuk berubah. Seterusnya BERSEDIA atas perubahan yang akan datang dalam diri kau selepas itu.
Kerana apa?
Kenapa aku cakap "selepas itu"?
Sebabnya kau akan diuji dengan pelbagai dugaan mental kau. Kau akan diuji sampai mental kau koyak, rabak teruk, dan iman kau juga akan dijuji.

Bukan mudah untuk kau berubah terus, Allah itu tak akan sesuka hati makbulkan kalau orang tu sendiri tak mampu atau luar dari batasan dia.

Jadi sampai sini je yang dapat aku kongsi sikit.
Lain semua aku serah pada Allah SWT. untuk tugasan seterusnya.
Usaha. Doa. Tawakal. 

Comments

Popular Posts